Taman Pertanian Sekayu (TPS) menyediakan pelbagai sumber maklumat yang sangat jelas tentang pertanian. TPS terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu, iaitu 52 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu.
Taman ini dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu (JPNT). Pengunjung tetap ke TPS tentu pernah melawat ke taman burung, taman bunga termasuklah bunga orkid, taman buah-buahan,taman perikanan dan taman herba. Taman-taman ini memberikan dorongan yang amat positif kepada kita supaya rajin bertani.
Kemajuan pantas TPS dalam pengumpulan maklumat pertanian mudah memikat hati pengunjung. Pihak JPNT turut menyediakan kolam rekreasi untuk mandi -manda. Tasik buatan pula disediakan untuk peminat aktiviti pemancing. Kawasan perkelahan dan tapak perkhemahan turut disediakan berhampiran untuk sebatang sungai.
Pengunjung teryarik untuk melakukan kunjungan ke TPS kerana TPS mempunyai banyak kemudahan. Demi keselamatan, pemandu dengan amalan pemanduan cermat dialu-alukan untuk datang ke TPS. Sebaliknya, pemanduan laju atau gopoh tidak dialu-alukan di TPS.....